
Syarikat Safari Harmain Travel & Tours Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada tahun Disember 2008 dan pemiliknya mempunyai pengalaman selama 8 tahun dalam menguruskan Umrah Dan Ziarah. Syarikat yang beroperasi di alamat 123, Blok J, Mk. 12, Permatang Damar Laut, 11960, Bayan Lepas Pulau Pinang ini telah berdaftar dengan Suruhan Syarikat Malaysia (SSM), Kementerian Kewangan dan Kementerian Pelancongan Luar Negara dan berkelulusan dalam menguruskan penerbangan Haji, Umrah dan percutian luar negara.
Dengan pimpinan pemiliknya, Ustaz Khalid Ibnu Jaafar, Safari Harmain Travel & Tours Sdn. Bhd. telah menguruskan 2 penerbangan Umrah dan Ziarah yang merangkumi sehingga 70 orang peserta dengan jayanya. Alhamdulillah.

Safari Haramain Travel & Tours kini memiliki cawangan bertempat di
Bandar Seri Putra, Kajang. Ini adalah satu lagi pembaharuan yang dilakukan oleh Safari Haramain Travel & Tours Sdn. Bhd. untuk menarik lebih ramai pelanggan dari segenap pelusuk negeri. Dengan wujudnya cawangan ini, diharapkan dapat membantu masyarakat setempat mendapatkan khidmat yang disediakan oleh pihak Safari Haramain.
Jika ada sebarang pertanyaan atau perbincangan, anda boleh menghubungi :
Cawangan Bandar Seri Putra, Kajang
Ustaz Mohd Hasbullah bin Othman (013-9464541/019-3418053)