Profil

Syarikat Safari Harmain Travel & Tours Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada tahun Disember 2008 dan pemiliknya mempunyai pengalaman selama 8 tahun dalam menguruskan Umrah Dan Ziarah.

Syarikat yang beroperasi di alamat 123, Blok J, Mk. 12, Permatang Damar Laut, 11960, Bayan Lepas Pulau Pinang ini telah berdaftar dengan Suruhan Syarikat Malaysia (SSM), Kementerian Kewangan dan Kementerian Pelancongan Luar Negara dan berkelulusan dalam menguruskan penerbangan Haji, Umrah dan percutian luar negara.

Dengan pimpinan pemiliknya, Ustaz Khalid Ibnu Jaafar, Safari Harmain Travel & Tours Sdn. Bhd. telah menguruskan 2 penerbangan Umrah dan Ziarah  yang merangkumi sehingga 70 orang peserta dengan jayanya. Alhamdulillah.

Manakala pakej upah Haji dan upah Umrah yang dilancarkan oleh syarikat telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan Safari Haramain Travel & Tours Sdn. Bhd. telah berjaya menguruskan sehingga 200 upah Haji dan Umah setakat ini.

Safari Haramain Travel & Tours Sdn. Bhd. juga menyediakan produk-produk dan perkhidmatan lain (yang berlandaskan hukum Islam) seperti Pakej Kut Umrah, Perundingan Peguam Syarie’, Pengurusan Samak dari najis mughallazah dan perkhidmatan bekam. Maklumat lanjut boleh dilihat pada kolum produk kami.