Pakej Kut Umrah

Pakej Kut Umrah yang julung-julung kali diadakan untuk memberi kemudahan kepada golongan yang berpendapatan rendah dan golongan yang tidak berkemampuan untuk mengerjakan Umrah. KUT UMRAH adalah kut yang bertujuan untuk membatu ahli-ahlinya menyelesaikan permasalahan.

Objektif

1. Konsep bantu membantu sesama Islam
2. Mempercepatkan hasrat atau cita-cita ke Tanah Suci
3. Memberi peluang membuat kebaikan
4. Ganjaran pahala diberikan oleh Allah s.w.t untuk mencapai hasrat atau cita-cita umat Islam dan menambahkan lagi ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t.
5. Merapatkan lagi hubungan silaturrahim (persaudaraan) di antara ahli-ahli.

Kaedah

Perlaksanaan kut kaedah percaya dan redha untuk beribadat kepada Allah s.w.t.

1. Setiap keahlian Pakej Kut Umrah adalah dikenakan bayaran pendaftaran RM10 seorang.
2. Setiap ahli akan menyumbangkan bayaran sebanyak RM100 setiap bulan sebagai ansuran selamat 50 bulan.
3. Setiap bayaran akan dikeluarkan resit rasmi sebagai bukti bayaran.
4. Semua wang yang dikumpul akan dipegang oleh seorang bendahari (Pemegang Amanah).
5. Bendahari akan menyimpan wang di dalam akaun bank yang dibenarkan oleh syarak.
6. Mana-mana ahli yang telah menbayar ansuran kut sebanyak 12 kali layak untuk dicalonkan untuk mengerjakan umrah.
7. Pemilihan calon yang akan pergi adalah berdasarkan kepada keutamaan atau undian.
8. Setiap ahli akan membantu ahli yang pergi mengerjakan Umrah dan ahli tersebut pula akan dibantu ketika ia mengerjakan umrah.
9. Seseorang ahli yang telah meninggal dunia bolehlah digantikan oleh mana-mana seorang waris dengan syarat mendapat persetujuan seua ahli waris atau wang tersebut dikembalikan kepada warisnya mengikut hukum syarak.
10. Urusan membuat passport akan ditanggung sendiri oleh ahli kut manakala urusan visa akan diuruskan oleh pakej yang dilantik.
11. Ahli yang bersetuju untuk pergi umrah tidak boleh membatalkan pemergian pada saat-saat akhir.

Syarat-Syarat Penyertaan

1. Program Pakej Kut Umrah adalah terbuka kepada semua orang Islam yang berminat.
2. Keutamaan adalah kepada mereka yang tinggal di Pulau Pinang.
3. Pemohon adalah seorang yang mempunyai pendapatan tetap atau mempunyai sumber kewangan.
4. Sumbangan secara ansuran hendaklah daripada sumber yang bersih dan halal sahaja.
5. Pemohon hendaklah bersetuju untuk membuat akujanji atau bai’ah untuk saling membantu sesama ahli.
6. Pemohon hendaklah seorang yang mampu untuk menjelaskan ansuran kut selama 50 bulan.
7. Pihak pakej berhak menolak keahlian mana-mana ahli, sekiranya didapati tidak amanah.
8. Mana-mana ahli yang diberhentikan akan dipulangkan bayaran sekiranya belum mengerjakan umrah atau diarahkan bayaran kut sepenuhnya sekiranya telah pergi menunaikan umrah.
9. Penyertaan bolehlah melalui borang di bawah

Penutup

Semoga program yang cuba diketengahkan di kalangan masyarakat ini mendapat perhatian dan sambutan dari kalangan orang-orang Islam, mudah-mudahan usaha kecil ini sedikit sebanyak dapat membantu sesama kita untuk saling beribadah kepada Allah s.w.t.

Demi menguatkan lagi struktur syarikat dan pakej kut umrah ini, pihak syarikat telah mendapatkan pengesahan samada pakej kut umrah yang ditawarkan oleh Safariharamain Travel & Tours Sdn.Bhd adalah tidak sama sekali bercanggah dengan ajaran Islam. Bagi menyokong lagi kata-kata diatas adalah seperti dibawah. Ini adalah pengesahan daripada Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang.


Jika anda berminat untuk menyertai kut ini, sila hubungi kami atau terus isi borang di bawah.

Nama Penuh (Wajib)

Emel (Wajib)

No. Kad Pengenalan Baru

No. Kad Pengenalan Lama

Tarikh Lahir

Umur (Wajib)

Alamat (Wajib)

No. Telefon (Wajib)

E-Mail (Wajib)

Nama Suami/Isteri

 Saya mengaku yang semua maklumat di atas adalah benar.

captcha     Taipkan 4 huruf berikut: