
Berikut adalah pakej-pakej yang telah diatur untuk tahun 2010. Harga dan Jadual adalah tertakluk kepada perubahan. Sila ambil perhatian.

Harga Pakej Termasuk
* Urusan dafat masuk (Check in) di KLIA dan bagasi
* Sambut dan Bantu di Lapangan Terbang Jeddah
* Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonimo KUL/JED/KUL.
* Penginapan di Madinah & Mekah
* Pengangkutan dengan bas, Coaster, GMC, Limosin & Van berhawa dingin (Tertakluk pada jumlah Jemaah)
* Makan/Minum 3 kali sehari (Sarapan pagi, makan tengahari & makan malam). Minuman panas 24jam (layan diri)
* Ziarah di Madinah 2x dan Mekah 2x seperti di dalam aturcara
* Pengangkutan untuk Miqat PERCUMA ( 1x Bir Ali, 1x Ja’rannah, 1x Judaibiyah dan 2x Tanaim mengikut Aturcara)
* Lawatan di sekitar Bandar Jeddah sebelum ke Lapangan Terbang Jeddah untuk pulang (Jika berkesempatan)
* Khidmat Muassasah yang berdaftar Mutawwif yang fasih berbahasa Melayu
* Urusan visa Umrah secara online
* Buku panduan Umrah, kursus Umrah
* Air Zam-Zam 10 liter seorang
Harga Tidak Termasuk
* Penggunaan telefon & dobi
* Makan dan minum selain daripada yang disediakan
* Lawatan yang tidak termasuk di dalam aturcara
* Pengangkutan ke Ta’naim untuk Miqat umrah pada hari acara bebas
* Perbelanjaan-perbelankaan persendirian yang lain
Menyingkap Rahsia & Hikmah Haji & Umrah
“Ibadah umrah yang pertama yang diikuti dengan umrah yang berikutnya mebebus dosa-dosa antara masa keduanya. Manakala haji yang mabrur, tidak ada ganjaran yang setimpal denganya melainkan syurga” - Riwayat Al-Bukhari
Sebagaimana haji, umrah juga diwajibkan keatas manusia sekali seumur hidup, dengan ketentuan adanya istitha’ah (kesanggupan), kecuali penduduk Mekah kerana mereka diwajibkan menunaikan haji, sedangkan tidak bagi umrah.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
” Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah.” (Al-Baqarah : 196)
Daripada Ibnu Umar (RA), Rasullullah s.a.w. bersabda:
“Tidak ada seorang pun kecuali diwajibkan keatasnya satu kali haji dan umrah.” (Riwayat Al-Bukhari)
Umrah boleh dilakukan pada bila-bila masa, tidak seperti ibadah haji yang mempunyai masa yang tertentu. Adalah digalakkan mereka yang telah menunaikan haji menyusuli dengan menunaikan ibadah umrah.
Jadual Perjalanan
(12H-10M / 15H-13M)
HARI 01 – KUALA LUMPUR/MADINAH@JEDDAH
Bertolak dari KLIA dan akan tiba di JEDDAH dan terus ke MADINAH. (Sila lapor diri 4jam sebelum waktu berlepas).
HARI 02 – MADINAH
Selepas sarapan pagi ziarah dalaman seperti makam Rasulullah S.A.W. dan para sahabat, Raudhah dan perkuburan Baqi’.
HARI 03 – MADINAH
Selepas sarapan pagi, ziarah luar Masjid Quba, Masjid Tujuh, Masjid Qiblatain, Makam Syuhada Uhud dan diakhiri di pasar kurma.
HARI 04 – MADINAH/MEKAH
Selepas Zohor, bertolak ke Mekah dan MIQAT di BIR ALI. Tiba di Mekah, jemaah akan dibawa ke tempat penginapan untuk daftar masuk (Check in). Seterusnya jemaah dibawa menyempurnakan ibadan umrah.
HARI 05 – MEKAH
Jemaah bebas untuk memperbanyakkan ibadah di masjid atau mengerjakan umrah.
HARI 06 – MEKAH/JA’RANNAH
Selepas sarapan pagi ziarah Kota Mekah seperti Jabal Thur, Jabar Nur, Arafah (Jabal Rahmah), Mina dan Ja’ranah. Di Ja’rannah, Masjid Jin, Masjid Syajarah dan Perkuburan Ma’ala.
HARI 07 – MEKAH
Selepas sarapan, jemaah diminta berkumpul di lobi hotel untuk Meqat ke Tanaim dan seleas itu, Jemaah bebas untuk memperbanyakkan ibadah di masjid atau mengerjakan Umrah.
HARI 08 – MEKAH
Jemaah bebas untuk memperbanyakkan ibadah di masjid atau mengerjakan Umrah
HARI 09 – MEKAH/HUDAIBIYAH
Selepas sarapan pagi, ziarah miqat di Masjid Hudaibiyah, Ladang Susu Unta, Muzium Islam dan Kiswah (Kilang Tenunan Kelambu Ka’abah) tertakluk kepada kelulusan daripada pihak Muzium dan Kiswah.
HARI 10 – MEKAH (atau hingga hari ke-13)
Jemaah bebas untuk memperbanyakkan ibadah di masjid atau mengerjakan Umrah
HARI 11 atau HARI 14 – MEKAH/JEDDAH
Waktu akan ditetapkan mengikut jadual penerbangan, jemaah dinasihatkan supaya menyempurnakan tawaf Wida’ sebelum meninggalkan Mekah. Ziarah di Bandar Jeddah dan Masjid Terapung sebelum ke Lapangan Terbang Jeddah. (Mengikut kesesuaian masa) seterusnya berangkat ke Kuala Lumpur.
HARI 12 atau HARI 15 – JEDDAH/KUALA LUMPUR
Tiba di KLIA dengan selamat. Insya’allah…
*Aturcara ini tertakluk pada perubahan terakhir
Hadiah Umrah Antara hadiah yang diberikan oleh Safari Haramain Travel & Tours Sdn. Bhd.
* Beg sandang
* Beg bimbit
* Buku doa
* Air Zam-Zam
Di antara kurnia Allah yang lain kepada mereka yang mengerjakan umrah ialah:
1) Mendapat keampunan Allah dan penghapusan dosa
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Satu ibadah umrah sehingga sampai umrah lainnya adalah sebagai pelabur (dosa) di antara kedianya, sedangkan haji yang mabrur tidak mempunyai balasah kecuali syurga”
(Riwayat Al-Bukhari)
2) Menyamai pahala haji jika dilalukan pada bulan Ramadhan
Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
“Melakukan umrah pada bulan Ramadhan menyamai ibadah haji”
(Riwayat Al-Bukhari)
3) Diiktiraf sebagai tetamu Allah
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Tetamu Allah ada tiga golongan; orang yang berhaji, berumrah dan berperang”
4) Pahala sampai kiamat dan tidak dihisab
Di dalam Ihya’ Ulumiddin, diceritakan Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa keluar untuk menunaikan haji atau umrah lalu meninggal dunia, maka baginya diberikan pahala berhaji dan berumrah sehingga hari kiamat. Dan barangsiapa meninggal dunia di salah satu tanah suci, makan kelak dia tidak akan diadii dan tidak pula dihisab, melainkan dikatakan kepadanya, Masuklah ke dalam syurga”
5) Doa mereka dikabulkan dan diampunkan dosa
Diriwayatkan daripada Abu hurairah (RA) bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :
“Para haji dan mereka yang melakukan umrah adalah wakil-wakil Allah. Apabila mereka berdoa kepadaNya, Dia menjawab dia-doa mereka dan apabila mereka memohon keampunanNya, Dia mengampuni”
6) Pahala dan ganjaran dilipat-gandakan
Diceritakan dari Abi Suhail bahawa beliau mendengar Abu Hurairah mengatakan pada Haji Wida’ Rasulullah S.A.Q baginda bersabda yang bermaksud:
“Para jemaah haji dan umrah adalah tetamu Allah. Dia akan memenuhi apa yang mereka minta, mengabulkan apa yang mereka doakan, memberikan ganti kepada mereka atas apa yang telah mereka belanjakan dan melipat-gandakan satu dirham untuknya menjadi sejuta dirham”
(Al-Fakihy, Muhammad Ibnu Ishak)
Jadual Perjalanan Umrah & Ziarah
Bagi sesiapa yang telah mengikuti pakej umrah & ziarah bersama Safariharamain, anda boleh memberi komen mengenai prestasi syarikat kami melalui borang yang disediakan.
BORANG KOMEN
Cara-cara mengisi borang Umrah & Ziarah
1. Muat turun borang PDF (Klik butang kanan pada imej di atas dah pilih “Save Link/Target As”).
2. Simpan fail PDF dalam komputer anda.
3. Buka fail PDF yang telah dimuat turun Menggunakan Adobe Reader 9.0 keatas.
4. Isikan borang dan “Save”.
5. Kembali website Safariharamain.com (muka surat ini) dan isikan borang di bawah.
6. Muat naik fail PDF yang telah diisi dan tekan “Hantar”.